JellyPages.com


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SYED NASIR ISMAIL





ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Surau Ar-Rahman merupakan surau yang di bina untuk warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail. Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau Ar-Rahman serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau Ar-Rahman oleh pihak sekolah.



Kuala Lumpur

Monday 26 August 2013

FRIDAY, OCTOBER 23, 2009

PROGRAM TERKINI DI SURAU AR RAHMAN

PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 4

Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan kaunseling .Dijalankan pada hari Khamis 22 Oktober 2009 di Surau ar Rahman.Ceramah disampaikan oleh Prof.Hamdan.
Penceramah memberi motivasi kepada pelajar dengan gaya yang menarik
Pelajar lelaki kusyuk menonton bahan visual


Pelajar perempuan mendengar dengan cara tersendiri

MONDAY, OCTOBER 12, 2009

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN PENYAMPAIAN BAJU RAYA

Pada hari Rabu 16 September 2009M bersamaan 26 Ramadan 1430H pihak Panitia Pendidikan Islam SMKTSNI dengan kerjasama AJK Surau Ar Rahman telah menganjurkan Majlis Khatam Al Quran dan Majlis Penyampaian Sumbangan Baju Raya kepada pelajar-pelajar terpilih.Sumber kewangan untuk membeli baju raya kepada pelajar-pelajat tersebut adalah hasil kutipan harian infak Ramadan dan sumbangan pihak PIBG SMKTSNI. Majlis ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama guru-guru dan para pelajar.




MAJLIS SUMBANGAN BAJU RAYA





MAJLIS KHATAM AL QURAN

MONDAY, SEPTEMBER 14, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT

Pada hari Jumaat 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadan 1430 , Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama AJK Dakwah Surau Ar-Rahman SMKTSNI telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat.Seramai 300 pelajar Tingkatan 3 dan 5 telah hadir menjayakan program ini bersama-sama ibu bapa .Turut hadir para guru SMKTSNI bersama keluarga masing-masing.Majlis bermula pada pukul 5.00 petang.


Aturcara Majlis





5 .00 - 5.30 : Pendaftaran


5.30 - 5.45 : Tahlil ringkas
5.45 - 7.06 : Ceramah motivasi
7.06 - 7.25 : Berbuka puasa dan Solat maghrib
7.25 - 8.15 : Makan malam
8.15 - 8.35 : Solat Isyak
8.35 - 9.00 : Solat Hajat
9.00 -10.00 : Solat terawih
10.00 : Bersurai


Gambar-gambar Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat













Pendaftaran pelajar








Tahlil ringkas diketuai oleh Ustaz Mohd Shahrol

Penceramah jemputan






Pelajar mendengar ceramah motivasi
Majlis berbuka puasa


Solat Maghrib berjemaah




Jamuan guru-guru





Jamuan pelajar
Para guru, pelajar dan ibu bapa selepas solat Isyak, Hajat dan Terawih

TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR YANG MENJAYAKAN PROGRAM INI

THURSDAY, SEPTEMBER 3, 2009

PROGRAM GALUS PENDIDIKAN ISLAM SPM & PMR 2009

PENGENALAN

GALUS adalah berasal daripada gabungan perkataan Gagal dan Lulus. Maksud di sini ialah pelajar yang kadangkala gagal dapat diselamatkan dan dibantu untuk lulus. Oleh sebab hampir keseluruhan pelajar sekolah ini merupakan pelajar Islam, maka amat wajarlah kelulusan pelajar mencapai 95% daripada keseluruhan pelajar. Namun tidak dinafikan hampir 10% daripada jumlah pelajar merupakan pelajar yang lemah. Oleh kerana itu program ini bertujuan membimbing pelajar-pelajar yang lemah supaya mereka dapat mencapai tahap sekurang-kurangnya lulus minimum di dalam peperiksaan SPM dan PMR.

MATLAMAT

Calon PMR dan SPM yang lemah dapat mencapai tahap lulus minimum di dalam SPM dan PMR khususnya matapelajaran Pendidikan Islam

OBJEKTIF

1. Membantu pelajar –pelajar lemah untuk lulus matapelajaran Pendidikan Islam SPM dan PMR
2. Memberi bimbingan dalam menjawab soalan PMR dan SPM
3. Memberi tumpuan dan kefahaman pada tajuk-tajuk penting 2009
4. Meningkatkan prestasi disiplin diri dan sekolah.

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir

N. Pengerusi : En Ishak b. Md Nor

GPK 1

N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas

GPK HEM

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir (Pengetua)
N. Pengerusi : En. Ishak b. Mohd Nor (GPK 1 )
N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas (GPK HEM)
N. Pengerusi 3 : En. Abu Bakar b. Kutty (Penyelia petang)
Penyelaras : En. Nazaruddin b. Abu Talib (Ketua Bidang Sains Sosial)
Setiausaha : Pn. Nabilah bt Jaafar (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Pendaftaran : Cik Faridah bt Mohamed &Pn. Norhayati bt Abd Rahman
Persediaan : Ust. Mohd Shahrol b. Ali
Kawalan pelajar : Semua guru Pendidikan Islam
Bahan : Pn. Hafizoh bt Abd Rashid

PROGRAM GALUS PENDIDIKAN ISLAM SPM 2009

PENGENALAN

GALUS adalah berasal daripada gabungan perkataan Gagal dan Lulus. Maksud di sini ialah pelajar yang kadangkala gagal dapat diselamatkan dan dibantu untuk lulus. Oleh sebab hampir keseluruhan pelajar sekolah ini merupakan pelajar Islam, maka amat wajarlah kelulusan pelajar mencapai 95% daripada keseluruhan pelajar. Namun tidak dinafikan hampir 10% daripada jumlah pelajar merupakan pelajar yang lemah. Oleh kerana itu program ini bertujuan membimbing pelajar-pelajar yang lemah supaya mereka dapat mencapai tahap sekurang-kurangnya lulus minimum di dalam peperiksaan SPM.

MATLAMAT

Calon SPM yang lemah dapat mencapai tahap lulus minimum di dalam SPM dan khususnya matapelajaran Pendidikan Islam

OBJEKTIF

1. Membantu pelajar –pelajar lemah untuk lulus matapelajaran Pendidikan Islam SPM .
2. Memberi bimbingan dalam menjawab soalan SPM
3. Memberi tumpuan dan kefahaman pada tajuk-tajuk penting 2009
4. Meningkatkan prestasi disiplin diri dan sekolah.

SASARAN

Pelajar kelas 5UPSI, 5 UMS, 5 UITM dan 5 UNIMAS

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir (Pengetua)
N. Pengerusi : En. Ishak b. Mohd Nor (GPK 1 )
N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas (GPK HEM)
N. Pengerusi 3 : En. Abu Bakar b. Kutty (Penyelia petang)
Penyelaras : En. Nazaruddin b. Abu Talib (Ketua Bidang Sains Sosial)
Pendaftaran : Cik Faridah bt Mohamed
Persediaan Tempat : Ust. Mohd Shahrol b. Ali
Kawalan Pelajar : Semua guru Pendidikan Islam
Bahan edaran : Pn. Hafizoh bt Abd Rashid

AKTIVITI

Ceramah Teknik menjawab
Bengkel Akidah
Bengkel Ibadah
Sambungan bengkel
Bengkel bahagian Adab

PROGRAM IHYA’ RAMADAN 2009

Rasional

Mendidik warga SMK Tun Syed Nasir Ismail khususnya pelajar untuk menghayati dan meningkatkan amalan di bulan Ramadhan

Objektif

3.1 Melahirkan pelajar yang sentiasa mentaati perintah Allah
3.2 Melahirkan pelajar yang melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.
3.2 Melahirkan pelajar berakhlak mulia
3.3 Membentuk pelajar yang sabar, tabah dan ikhlas dalam beribadah.


Tarikh

1 September – 18 September 2009

Aktiviti

Kain rentang Ramadhan
Ceramah persediaan Ramadhan
Tadarus Al-Quran
Risalah Ramadhan
Radio Ramadhan (bacaan Al-Quran, zikir dan nasyid)
Tazkirah Ramadhan
Infak Ramadhan
Majlis Berbuka Puasa
Majlis Khatam Al-Quran


Jawatankuasa

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir
N. Pengerusi 1 : En. Ishak b. Md Nor
N. Pengerusi 2 : En. Nazarudin b. Abu Talib
Penyelaras : Pn. Nabilah bt Jaafar
Setiausaha : Ust. Mohd Rusdi b. Halim
AJK : Semua guru Pendidikan Islam

PROGRAM SKOR “A”PENDIDIKAN ISLAM PMR 2009

PENGENALAN

Pendidikan Islam merupakan matapelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar Islam dalam PMR. Oleh kerana semua pelajar SMK Tun Syed Nasir Ismail terdiri dari pelajar-pelajar Islam maka sewajarnyalah lebih ramai pelajar yang boleh mendapat A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.Program Skor “A” yang telah dijalankan pada tahun lepas telah berjaya meningkatkan jumlah pelajar yang mendapat A daripada 96 orang kepada 123 orang. Dalam peperiksaan PMR 2008, 123 orang mewakili 23.25%, telah berjaya mmencapai target yang ditetapkan iaitu 20%. Pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam mensasarkan 25% pelajar mendapat A dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, pada tahun ini Panitia Pendidikan Islam merancang untuk meneruskan program kecemerlangan Pendidikan Islam bagi meningkatkan jumlah pelajar yang mendapat A dan seterusnya mengecilkan jumlah pelajar yang gagal.

MATLAMAT

Memperolehi keputusan A (cemerlang) sebanyak 25% atau 130 orang daripada jumlah pelajar yang mengambil matapelajaran Pendidikan Islam.

OBJEKTIF

1. Menguasai teknik menjawab peperiksaan selari dengan format yang sebenar LPM.
2. Membimbing calon PMR melakukan strategi berkesan dalam menghadapi kertas Pendidikan Islam
3. Mampu menjana mental, fizikal dan jiwa secara bersepadu untuk capai kejayaan gemilang.
4. Sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan yakin dan bersemangat jitu.
5. Memiliki dan mempamerkan sahsiah mulia dalam kehidupan seharian.

TARIKH

21 Julai 2009

SASARAN

Kelas pertama Terbaik ( 3 UM, 3 UKM, 3 USM, 3UIA,3UPM)

SUMBER TENAGA

Guru-guru Pendidikan Islam SMK Tun Syed Nasir Ismail

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir (Pengetua)
N. Pengerusi : En. Ishak b. Mohd Nor (GPK 1 )
N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas (GPK HEM)
N. Pengerusi 3 : En. Abu Bakar b. Kutty (Penyelia petang)
Penyelaras : En. Nazaruddin b. Abu Talib (Ketua Bidang Sains Sosial)
Setiausaha : Pn. Nabilah bt Jaafar (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Pendaftaran : Pn Anisa Md .Arshad & Pn. Wan Ruhaida bt Wan Taib
Persediaan tempat : Pn. Alizah bt Shaari
Kawalan Pelajar : Ust. Khairul Abidin b. Basir, Ust. Ahmad Jazim b. Jaapar & Cik Noraini bt Zakaria
Penceramah :Pn. Norhayati bt Abd Rahman

PROGRAM SKOR ‘A’ PENDIDIKAN ISLAM SPM 2009

PENGENALAN

Pendidikan Islam merupakan matapelajaran teras yang mesti diambil oleh semua pelajar Islam di dalam peperiksaan SPM. Hampir keseluruhan calon SMK Tun Syed Nasir Ismail merupakan pelajar Islam dan jumlah calon hampir 394 orang. Program skor “A” yang telah dilaksanakan pada tahun lepas berjaya melebihi sasaran 17% yang ditetapkan.. Maka pada tahun ini disasarkan 20% untuk mendapar A dalam maatapelajaran Pendidikan Islam. Diharapkan dengan program yang dirancang ini boleh membantu pelajar yang bertahap sederhana mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

MATLAMAT

Mencapai keputusan cemerlang di dalam matapelajaran Pendidikan Islam dengan pencapaian 20% mendapat 1A dan 2A.

OBJEKTIF

1. Membantu calon SPM mencapai kecemerlangan dalam matapelajaran Pendidikan Islam
2. Mendedahkan kepada pelajar teknik yang betul menjawab soalan SPM Pendidikan Islam
3. Mengetahui dan menguasai tajuk-tajuk pilihan.
4. Sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan yakin dan bersemangat jitu.
5. Memiliki dan mempamerkan sahsiah mulia dalam kehidupan seharian

JANGKA MASA

Satu hari 12 Ogos 2009

SASARAN

Pelajar 5 UM, 5 UKM, 5 USM, 5 UPM, 5UTM, 5UUM

SUMBER TENAGA

Semua guru Pendidikan Islam

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir (Pengetua)
N. Pengerusi : En. Ishak b. Mohd Nor (GPK 1 )
N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas (GPK HEM)
N. Pengerusi 3 : En. Abu Bakar b. Kutty (Penyelia petang)
Penyelaras : En. Nazaruddin b. Abu Talib (Ketua Bidang Sains Sosial)
Setiausaha : Pn. Nabilah bt Jaafar (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Pendaftaran : Cik Faridah bt Mohamed &Pn. Norhayati bt Abd Rahman
Persediaan : Ust. Mohd Shahrol b. Ali
Kawalan pelajar : Semua guru Pendidikan Islam
Makanan dan minum: Pn. Nabilah bt Jaafar
Bahan : Pn. Hafizoh bt Abd Rashid

PROGRAM PECUTAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2009

Rasional

Di kalangan pelajar di setiap sekolah terdapat sebilangan pelajar yang lemah.Sebahagian daripada pelajar ini boleh dibantu untuk lulus.. . Oleh kerana itu program ini dilaksanakan bertujuan membimbing pelajar-pelajar yang lemah supaya mereka dapat mencapai tahap sekurang-kurangnya lulus minimum di dalam peperiksaan SPM Pendidikan Islam

Objektif

3.1 Membantu pelajar –pelajar lemah untuk lulus matapelajaran Pendidikan Islam SPM
3.2 Memberi bimbingan dalam menjawab soalan SPM
3.3 Memberi tumpuan dan kefahaman pada tajuk-tajuk penting 2009

Tarikh

11 Julai 2009

Aktiviti

Bengkel menjawab soalan dalam kumpulan kecil

Jawatankuasa

Pengerusi : Pengetua SMK Tasek 2
N. Pengerusi : Ust. Maalim
Setiausaha 1 : Ust. Mohd Najib b. Nazar
Setiausaha 2 : Ustzh Zainab bt Aluan
Penyelaras : Pn. Nabilah Bt Jaafar
Fasilitator : Guru-guru Pendidikan Islam bagi setiap sekolah

PROGRAM SMART SOLAT 2009

Rasional

Solat lima waktu adalah wajib dilaksanakan oleh setiap muslim. Walau bagaimana pun ramai di kalangan generasi hari ini tidak melaksana solat lima waktu sehari semalam dan tidak melaksanakannya dengan sempurna. Oleh itu menjadi tanggungjawab Bahagian Dakwah sekolah beserta Panitia Pendidikan Islam untuk mengatur program penghayatan solat secara praktikal, dengan harapan pelajar-pelajar dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Objektif

3.1 Melahirkan pelajar yang melaksanakan solat dengan sempurna
3.2 Membentuk akhlak mulia dalam diri pelajar.
3.3 Melahirkan pelajar yang mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.

Tarikh

11 Julai 2009


Ahli Jawatankuasa Program

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir (Pengetua)
N. Pengerusi : En. Ishak b. Mohd Nor (GPK 1 )
N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas (GPK HEM)
N. Pengerusi 3 : En. Abu Bakar b. Kutty

Ahli jawatankuasa kecil :

Penyelaras : Pn. Nabilah bt Jaafar (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Setiausaha : Ust. Mohd Rusdi b. Halim (Ketua Bahagian Dakwah sekolah)
Pendaftaran : Pn. Wan Ruhaida bt Wan Taib & Cik Ana Hafizan bt Daud
Makan/minum : Pn. Norhayati bt Abd Rahman, Cik Faridah bt Mohamad & Pn. Anisa bt Arshad
Persiapan tempat : Ust. Mohd Shahrol b. Ali
Peralatan
Penyediaan bahan : Pn. Hafizoh bt Abd. Rashid & Pn. Mahani bt Saud
Kawalan pelajar : Ust. Ahmad Jazim b. Jaapar & Ust. Khairul Abidin b. Basir
Kebersihan : Cik Noraini bt Zakaria
pengacara : Ust Mohd Rusdi b. Halim
Dokumentasi : Pn. Aliza bt Sha’ari

PROGRAM BINA SAHSIAH REMAJA

MUKADDIMAH :-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan .”
At Tahrim 66:6

Pelajar merupakan aset utama kepada negara bagi menerajui tunggak kepimpinan negara. Pelajar yang diharapkan dalam kontek Islam adalah pelajar yang mampu memikul amanah selari dengan syariat Islam. Oleh sebab itu, para pelajar diperingkat remaja ini perlu didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab serta memerlukan kemahiran dan semangat motivasi untuk cemerlang dari sudut aqidah, ibadah, akhlak dan ilmu pengetahuan.

OBJEKTIF

a. Meningkatkan motivasi pada diri pelajar.

b. Membimbing para pelajar dalam mengenal tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, sahabat , ahli masyarakat dan hamba Allah.

c. Membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.

d. Membimbing pelajar menghargai diri dan menanam semangat jati diri dalam jiwa mereka.

TARIKH
18 JUN 2009 – 2-00 – 6.00 ptg
3 JULAI 2009- 8.00- 12.00 tghri


AKTIVITI

Ceramah

PENCERAMAH

Penceramah daripada Batu Pahat dan mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan dan berpengalaman luas mengendalikan kes remaja di Pejabat Agama Johor


PENUTUP
Adalah diharapkan dengan program ini akan melahirkan pelajar yang memiliki sahsiah yang cemerlang dan berakhlak mulia. Semoga Allah menempatkan kita dalam golongan yang diredhai dan semoga amalan yang kecil ini akan menempatkan kita dalam golongan orang yang bertaqwa.

PROGRAM CERAMAH MAAL HIJRAH

Objektif

2.1 Melahirkan pelajar yang menghayati erti hijrah Rasulullah
2.2 Meningkatkan rasa cinta terhadap Rasulullah
2.3 Memahami konsep hijrah serta pengajaran daripadanya.

Tarikh 

16 Jan 2009

PROGRAM SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2009

Rasional

Mendidik warga SMK Tun Syed Nasir Ismail khususnya pelajar untuk menghayati dan mencontohi kehidupan Rasulullah S.A.W

Objektif

3.1 Melahirkan pelajar yang sentiasa mentaati perintah Allah dan Rasul
3.2 Melahirkan pelajar berakhlak mulia seperti Rasulullah
3.3 Melahirkan pelajar yang mencintai Rasulullah


Tarikh

4 April 2009

Aktiviti 

Ceramah
Persembahan pelajar

KEM IQRA’ 2009

PENGENALAN

Program Kem Iqra’ sangat penting memandangkan kemahiran ini sangat diperlukan oleh pelajar untuk mereka membaca al-Quran.. Kemahiran ini semakin diperlukan apabila ianya diuji di dalam peperiksaan PMR dan SPM bagi kertas Pendidikan Islam.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kemahiran pelajar mengenal huruf-huruf al-Quran
2. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam pembacaan al-Quran
3. Meningkatkan lagi prestasi pelajar di dalam peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Islam.

TARIKH
20-21 Februari 2009

AKTIVITI

Ceramah dan bengkel

FASILITATOR

1. Guru-guru Pendidikan Islam


AJK PROGRAM KEM IQRA’

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir (Pengetua)
N. Pengerusi : En. Ishak b. Mohd Nor (GPK 1)
N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas (GPK HEM)
Setiausaha : Pn Nabilah bt Jaafar (Ketua Panitia Pendidikan Islam)

Ahli Jawatankuasa :

Pendaftaran : Pn. Alizah bt Shaari
Makan/minum : Pn. Norhayati bt Abd Rahman & Pn. Wan Ruhaida bt Wan Taib
Persiapan tempat : Ust. Khairul Abidin b. Basir
Kawalan pelajar : Ust Mohd Rusdi b. Halim, Cik Faridah bt Mohamed, Cik Ana Hafizan bt Daud & Cik Masni b Shafiin
Kebersihan : Cik Noraini bt Zakaria
Imam solat : Ust. Mohd Shahrol b. Ali
Penyediaan bahan Iqra’ : Pn. Siti Hajar bt. Yasing
Hadiah dan cenderahati : Pn. Anisa bt Arshad
Dokumentasi : Pn. Alizah bt Shaari

QIAMULLAIL

Rasional

Cogan kata sekolah ialah “Berilmu, Berakhlak dan Bertakwa. Untuk melahirkan pelajar yang berakhlak dan bertakwa, maka pihak Panitia Pendidikan Islam merancang untuk mengatur program yang diharapkan dapat menjurus ke arah matlamat ini. Program qiamullail adalah salah satu aktiviti yang boleh mengisi rohani pelajar yang kering dan gersang. Jiwa yang tunduk pada Allah insyallah akan melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan mantap.

Objektif

3.1 Melatih pelajar yang melaksanakan qiamullail
3.2 Membentuk akhlak mulia dalam diri pelajar.
3.3 Melahirkan pelajar yang sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah.


Tarikh

6 Feb 2009 (Pelajar lelaki Tg. 4 dan 5)

Aktiviti 

Ceramah “Remaja Cemerlang”
Tilawah al-Quran
Qiam


Jawatankuasa

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir (Pengetua)
N. Pengerusi : En. Ishak b. Mohd Nor (GPK 1)
N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas (GPK HEM)
Setiausaha : Pn Nabilah bt Jaafar (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Penyelaras : Ust. Mohd Rusdi b. Halim (Penyelaras Dakwah)
Bendahari : Pn. Wan Rohaida bt Wan Taib

Ahli jawatankuasa :

Pendaftaran : Cik Ana Hafizan & Pn.Aliza bt Shaari
Makan/minum : Pn. Anisa bt Arshad &Pn. Siti Hajar bt Yasing
Persiapan tempat : Ust. Mohd Shahrol b. Ali
Peralatan : Cik Noraini bt Zakaria
Kawalan pelajar : En. Jawi b. Yusuf, En. Azar Faizal b. Azmi,En. Muizz b. Yahya, En. Mohd Izairi b. Ismail & Ust. Mohd Rusdi b. Halim
Kebersihan : Cik Faridah bt Mohamed

Imam Qiam
Pengacara : Ust. Khairul Abidin b. Basir
Dokumentasi : Pn. Norhayati bt Abd Rahman

WEDNESDAY, SEPTEMBER 2, 2009

PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN DAN SOLAT HAJAT 2009

Rasional

Mendidik warga SMK Tun Syed Nasir Ismail khususnya pelajar untuk menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran

Objektif

3.1 Melahirkan pelajar yang mahir membaca al-Quran
3.2 Melahirkan pelajar yang memahami kandungan Al-Quran
3.3 Membentuk pelajar yang suka dan cintakan al-Quran
3.4 Melahirkan pelajar yang sentiasa memohon pertolongan daripada Allah


Tarikh

Januari - November Setiap hari Jumaat

Jawatankuasa

Pengerusi : Pn. Hjh Minati bt Hamir
N. Pengerusi 1 : En. Ishak b. Md Nor
N. Pengerusi 2 : Pn. Rosita bt Manas
Setiausaha : Pn. Nabilah bt Jaafar
AJK : Semua guru Pendidikan Islam

Aktiviti

Bacaan Yasin
Membaca surah-surah Al-Quran
Solat hajat

MAJLIS PENYERAHAN TAKLIF

Anjuran

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim

Rasional

Menyedarkan pelajar SMKTSNI tentang tanggungjawab sebagai hamba Allah yang mukallaf terhadap dosa-dosa yang ditanggung mereka serta mengeratkan lagi hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.

Objektif

3.1 Melahirkan pelajar yang sentiasa menghayati perintah Allah
3.2 Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, bangsa , negara dan agama
3.3 Membentuk pelajar yang sabar, tabah dan ikhlas dalam ibadah
3.4 Melahirkan pelajar berakhlak mulia
3.5 Menjalin hubungan baik di antara guru , ibu bapa dan masyarakat
3.5. Melahirkan pelajar yang beriman, bertakwa dan berwawasan

Tarikh

10 Januari 2009

TUESDAY, SEPTEMBER 1, 2009

PROGRAM QIAMULLAIL TINGKATAN 1 2009

Nama Program
Program Qiamullail Tingkatan 1 2009

Rasional
Cogan kata sekolah ialah “Berilmu, Berakhlak dan Bertakwa. Untuk melahirkan pelajar yang berakhlak dan bertakwa, maka pihak Panitia Pendidikan Islam merancang untuk mengatur program yang diharapkan dapat menjurus ke arah matlamat ini. Program qiamullail adalah salah satu aktiviti yang boleh mengisi kerohanian pelajar. Jiwa yang tunduk pada Allah insyallah akan melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan cemerlang.

Objektif
3.1 Melatih pelajar yang melaksanakan qiamullail
3.2 Membentuk akhlak mulia dalam diri pelajar.
3.3 Melahirkan pelajar yang sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah.

Tarikh
9 Januari 2009

Jangkamasa
1 hari 1 malam

Tempat
Surau dan Dewan

Sasaran
Pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 1

Sumber Tenaga
Semua guru-guru Islam dan penceramah jemputan

Jadual Perlaksanaan Program

Wajah Baru Surau Ar-Rahman 2013